Tersentak dan Tersedar

Salam. :)

Suspen sikit title entri kali ni. Dalam entri sebelum ni aku ada cakap psl demam kahwin. Kali ini aku nak sambung sedikit pasal tu. Hoho.. Baru sekejap tadi aku baca satu artikel dkt IluvIslam. Tajuk entri tu "Kahmin Muda : Jangan Ingat Mudah" by Ahmad Zaki Amiruddin. (Actually aku tak la baca semua just scan n skim jer..) Apa2pun aku dapat la sedikit input..

I want this ring!!

Ok, Aku ringkaskan je apa yg aku dapat n faham dari artikel tu. Kahwin ni memang sesuatu yg indah dan di impikan oleh semua org especially ladies. :) (Confirm ada yg tengah berangan nak pelamin kaler ape, baju kawen camne..haa..tu dah mula berangan) Sekarang ni, seolah-olah mcm dah jadi trend bnyk yg kahwin awal. Tapi kahwin awal ni ada bnyk sebab.. Bagi aku secara personal kahwin awal yg memang kedua-dua belah pihak setuju, mampu, bersedia dan menjaga batas it's ok and sememangnya itu adalah keputusan yg betul. (NAK JUGAK!!)

Tetapi kalau saja-saja nak kahwin dan masih BELUM BERSEDIA (fizikal,mental dan memikul tggungjwb) baik xpyh kahwin. Ingat kahwin tu untuk sehari dua? No..no..no.. Bukan aku nak mengkritik, tapi aku berkongsi pendapat aku memandangkan aku sendiri pernah melihat orang di sekeliling aku mengalami semua pancaroba hidup ni. So, I hope xda yg terasa. ok!! :)
(Alamak tersesat la pulak.Melalut entah ke mana)

Actually, ada beberapa reason yg patut di ambil berat kalau nak kahwin awal. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi blh bca artikel tu..
 ( http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/5071-kahwin-muda-jangan-ingat-mudah.html )

Dari artikel yg aku baca aku tertarik dengan kata-kata si penulis tu..


Satu analogi untuk seseorg yang bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah itu..
"Untuk menjadi nahkoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersbut, seterusnya, nahkoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikel yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua dan yang pasti setiap bahtera berlainan nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yg bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yang telah dilengkapi sebelum ini.."

"Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap pendirian dan keyakinan, jangan sekali-kali mencuba untuk memasuki alam perkahwinan yang menanti dengan 1001 warna kehidupan yang mana impian fantasi belum tentu menjadi realiti.."


 
Jika ingin semuanya indah di antara kita, 
biarlah jalan yang diguna menuju keindahan itu diredhai dan indah di sisi-Nya.


Salam.. :)

Comments